Pages

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL





Pada 6/02/2012 bertempat di surau Kg. Bagan Lalang
sambutan Maulidur Rasul telah diadakan. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna kanak2, hafazan kanak2 dan remaja, azan kanak2, mengayam ketupat dewasa dan gubahan. Ada sikit slot ceramah kesihatan dan yang seronoknyer semua peserta dapat hadiah walaupun sekadar hamper tapi semangat muafakat tu yang syok dan lagi satu semua kanak2 dan kaum ibu diberi sumbangan sebanyak RM10 setiap seorang.. belah mlm pula ceramah agama dari penceramah jemputan dan upacara penyampaian hadiah.

MEMASAK LAGI

Aku kalo boring ke..tetiba cari idea nak masak apa ke..mula lah mencari ape2 resepi yg terlintas atau resepi2 baru untuk dicuba..pas tu sama ada anak dan suami/jiran/ rakan kerja menerima habuan dari hasil yg aku masak tu... ari tu aku ada try buat tiramisu pakai yoget...ade lelebih tu tak tau nak buat ape... so aku jumpa resepi apam muffin yg sebahagian dari bahannyer pakai benda alah tu.. bermula lah agenda membaked muffin youget cokelat cip...





HaSue tumpang copi kat sini yer...





Yogurt Muffin Coklat Chip
Bahan-bahan





  • ( 7 biji medium )1 cawan tepung



  • 1/3 cawan gula1/2 sk soda bikarbonat



  • 3/4 sk baking powder1/4sk garam1 biji telur



  • 1/2 cawan yogurt natural



  • 1/3 cawan susu segar



  • 1/2sk essence vanilla



  • 2 sb butter cair



  • 1/2 cawan coklat chip


Cara-cara





  • Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar.



  • Satukan gula.Ketepikan.Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati.



  • Kemudian masukkan susu,mentega cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt. Masukkan coklat chips dan gaul sebati (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.



jeng..jeng..inilah hasilnye...yum..yum





KELAS BUAT ROTI



kembali ke kelas masak- memasak. kali ni saya ke kelas membuat roti.. erm...seronoknye. dah memang saya ni minat masak- memasak. entahlah bila masuk ke dapur hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu... lebih2 lagi bila nak cuba sesuatu resepi baru. Kengkadang bila dah boring datang juga idea nak cuba2 menu baru...he..he..he..









kalau ada kelapangan memang nak ikut kelas2 masak ni. bila berpeluang memang saya tak nak lepaskan...

KURSUS PENDEK 1 M'SIA KAT KKL


HA....

akhirnya aku dapat juga pergi belajar apa yang patut dengan kos yang murah. Ada orang suka, ada orang tak suka dengan aktiviti aku ni..yang penting suami setuju dan menyokong. Orang lain tu orang lain punya hal.. aku nak ketengahkan apa yang baik ni untuk di "share" dengan kengkawan yang berminat kat opis dan kat laur tu.... aku sedang merangka satu paper work untuk dapatkan sedikit fasiliti untuk bawa mereka ke kelas yang agak jauh dari opis kami...

Kengkadang ada org minat nak join tapi ter"dapat" alasan yang macam2..biasa la nama nyer manusia.
Kalau ada yang berminat boleh sms 010-8401613.. aku dah ikutkelas belajar hias cup cake, buat coklat dan buat roti..... erm..kalau dah pandai boleh buat biznes....he..he..he..